TAMAN ORKID KUCHING


Taman Orkid Kuching yang teletak di Pengkalan Sapi mempunyai keluasan 6.8 ekar. Kedudukannya yang strategik di tebing Sungai Sarawak serta bertentangan dengan tebingan Kuching memudahkan pengunjung mengunjungi taman ini

Konsep taman ini meragkumi gabungan beberapa elemen penting iaitu kepelbagaian spesis bunga dan juga rekabentuk landskap. Satu bangunan yang direka khas bagi memenuhi ciri-ciri sebuah taman yang terbaik serta pertama seumpamanya di Negeri Sarawak.

Taman Orkid Kuching siap sepenuhnya pada 31hb Oktober 2000 yang menempatkan 92,000 pokok induk serta 120 spesis dan orkid kacukan. Kawasan taman ini terbahagi kepada dua fasa iaitu tapak semaian dan taman.

Secara langsung pembinaan taman ini dapat menyediakan pusat koleksi okrid, konservasi perlindungan spesis orkid yang terancam, pusat pembiakan dan penanaman orkid. Ianya juga dapat membentuk tenaga mahir di dalam penanaman serta peyelenggaraan orkid. Sekaligus dapat menjadikan Bandaraya Kuching sebagai bahan pemeran kekayaan bangsa dengan kepelbgaian variti orkid. Taman orkid dibuka kepada pengunjung setiap hari iaitu pada Hari Selasa hingga Ahad manakala ditutup pada Hari Isnin.

 

 

                                              

                     Pergola 2                                      Gazebo 1                        Orchid Exhibition Area

 

 

 

          [ Galeri... ]